cara mengobati sakit gigi dengan cepat dan bahan tradisional

Asalasah ~ cara mengobati sakit gigi dengan cepat dan bahan tradisional | Kedudukan awal lubang pada gigi hanya terasa ngilu dan tidak selesai, jika tidak di tampal sejak awal atau dibuang gigi buruk, lubang akan semakin dalam melebar bahagian saraf, ketika ini sakit berdenyut-denyut yang hanya akan hilang apabila saraf gigi tersebut telah mati, kerana saraf gigi yang terluka mudah terjangkit kuman akan seterusnya menyebabkan jangkitan yang lebih luas, bengkak dan bernanah di bahagian dalam akar gigi.

10 cara mengobati sakit gigi dengan cepat

1) Membersihkan mulut dan gigi
anak gosok gigi
Ini adalah hal tindakan dasar. Membersihkan mulut atau gigi dari plat adalah penting untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman, mulut berbau atau gigi berkarat. Selepas gosok gigi cara untuk menghilang plat secara ampuh boleh berkumur seperti Listrine.
 
2) Minyak atau Bunga Cengkih
bunga cengkih
Bunga cengkih merupakan petua orang tua sejak turun temurun dalam merawat sakit gigi. Bunga cengkeh ini mempunyai anti - inflamasi , antioksida, anti bakteria dan sifat anestesia (pelali / ubat bius). Caranya titikkan sedikit minyak cengkeh ke kapas lalu tampalkan pada gigi yang sakit. Kita juga boleh campurkan beberapa titik minyak cengkih ke dalam air suam untuk berkumur. Jika tiada minyak cengkih, kita boleh kunyahkan bunga cengkih kemudian gunakan lidah untuk letakkan pada gigi yang sakit atau tumbuk biar hancur kemudian letakkan pada tempat yang sakit.
 
3) Lada Sulah putih (whitepepper) atau lada sulah hitam (blackpeper)
whitepepper_blackpepper
Lada sulah adalah ubat yang berguna apabila gigi sakit atau sensetif. Cara pengunaannya boleh dicampur terus dengan garam dengan berat timbangan yang sama, jika belum sila takaran terlebih dahulu tumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan sedikit titik air untuk membentuk krim. Kemudian lumurkan pada tempat sakit. insyaAllah sakit akan berkurang. Silahkan lumuri setiap hari sehingga sakit beransur pulih.
 
4) Biji asam jawa
biji asam jawa
Biji asam jawa digoreng beberapa menit, kemudian tumbuk hingga halus kemudian lumurkan pada tempat sakit. Anda juga bisa menumbuknya bersama garam.Kemudian tampalkan pada tempat sakit.
 
5) Belimbing wuluh
belimbing wuluh
Belimbing wuluh rasanya masam, caranya makan belimbing ini dicicah dengan sedikit garam kemudian kunyah dengan menggunakan gigi yang sakit secara perlahan-lahan.
 
6) Bawang putih
bawang putih
Bawang putih terkenal dalam pengobatan tradisional dan terkenal akan khasiatnya. Bawang putih mengandungi antibiotik yang amat terasa untuk mengurangkan sakit gigi. Caranya ambil seulas bawang putih tumbuk sehingga halus, masukkan garam kemudian tampalkan pada gigi yang sakit. ulangi sehingga sakit beransur pulih.
 
7) Bawang Merah
bawang merah
Bawang merah jarang orang makan secara mentah, tapi kalau sakit gigi yang sungguh sakit bolehlah dicoba. Bawang merah mempunyai antiseptik dan antimikroba yang mampu mengawal kesakitan gigi. Caranya ambil seulas bawang merah, kemudian terus menguyah secara mentah beberapa minit. Jikalau tidak dapat menguyah, boleh juga gosokkan tempat yang sakit untuk menghapuskan bakteria dan mengawal bahagian saraf gigi.
 
8) Daun jambu biji
daun jambu biji
Ada nasihat orang tua, daun jambu biji juga mampu menghilangkan sakit gigi. caranya ialah kunyah satu atau dua helai daun, atau bisa juga mengunyahnya dicampur sedikit garam atau rebus lima helai daun dengan sedikit garam sehingga mendidih kemudian minum.
 
9) Jeruknipis atau asam
limau nipis
Limau nipis mengandungi Vitamin C pada sarinya juga dapat meredakan sakit gigi dan limau nipis menjadi salah satu cara mengubati sakit gigi belubang. caranya titiskan air limau nipis sedikit demi sedikit tempat yang sakit.
 
10) Garam
garam
Garam merupakan bahan popular dalam merawat sakit gigi tradisional. Garam mengandung larutan iodin yang boleh menghilangkan ngilu pada gigi. Caranya larutkan garam dalam segelas air mineral. Boleh masukkan dalam botol air mineral 500ml kemudian goncangkan. Setelah larut gunakan air garam itu untuk berkumur.

Baca Juga :
Asalasah | Sumber: www.blogameer.com