Meninggal dunia kerana Tersangkut dodol

Asalasah ~ MELAKA: Seorang warga usia lanjut, K Sanmugam, 67, meninggal dunia akibat tercekik dodol yang dimakan di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru, Jumaat lalu. Kejadian itu disadari isteri korban, S Santhaletchmy, 66, setelah mendapati suaminya, tercungap-cungap ketika mereka sekeluarga sedang makan pada kira-kira jam 10 pagi.

Santhaletchmy berkata, beliau kemudian mengangkat suaminya dan beberapa kali cuba menepuk belakangnya selain cuba mengeluarkan dodol itu dengan menggunakan jari.

"Dodol itu saya sudah beli lebih seminggu dan memotongnya kecil-kecil. Saya nasihat (suami) jangan makan dodol itu tetapi dia tidak mengindahkannya," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Kata Santhaletchmy, suaminya kemudian pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pantai di sini untuk perawatan lanjut. Bagaimanapun, katanya, pihak hospital memberitahu suaminya berada dalam keadaan serius dan dimaklumkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Santhaletchmy berkata, suaminya yang juga bekas pekerja SWM Enviroment Sdn Bhd serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, pernah terkena strok, 15 tahun lalu dan kurang sihat sejak itu.

Baca Juga :
Asalasah | Sumber: http://www.blogmarki.com/2015/07/meninggal-dunia-kerana-tercekik-dodol.html