Nenek Muda Ini Mengidap Tumor Sebesar Anak Badak

Asalasah ~ LOS ANGELES - Berikut kisah seorang nenek yang mempunyai tumor sebesar anak badak hingga terpaksa 'kurung' dalam rumah selama 10 tahun, akhirnya kini dapat bergerak kembali dan bermain dengan cucunya.

Wanita ini tinggal di California, Amerika Syarikat yang dikenal sebagai Charlene Branham, ia akhirnya dapat menjalani kehidupan normal setelah tumor tersebut berhasil dibuang melalui pembedahan.

http://asalasah.blogspot.com/2015/08/nenek-muda-ini-mengidap-tumor-sebesar.html

Dia sebelum ini terpaksa hidup seperti dalam penjara, tidak boleh bekerja dan hanya bergantung kepada ibunya, Debbie untuk menjaganya setelah kanker di perutnya itu membesar dan bergantung antara kakinya.

Keadaan penyakit tersebut menjadikan Charlene seperti orang tidak mampu sehingga tidak dapat bergerak untuk membeli pakaian sendiri sebaliknya dia hanya bergantung kepada cadar yang dibalut di badan.

Akibat malu dengan keadaan tersebut, wanita tersebut hanya berkurung dalam kamar tidur hingga berat badannya itu naik mendadak.

Dia mula menjadi seorang ibu pada usia 19 tahun dan kemudian mendapat cucu ketika berusia 37 tahun (nenek muda). Charlene menyedari tumbuhnya tumor itu pada 2005 lalu.

Namun karena dia sering mengalami bengkak di bahagian kulitnya, Charlene hanya membiarkan sahaja.

"Setelah tumornya membesar, saya tidak tahu ke mana harus dibawa kerana saya tidak mahu meninggalkan rumah. Perut saya semakin membesar dan akhirnya terpaksa juga berjumpa doktor, '' katanya.

Doktor lokal tidak dapat membuang tumor itu kerana ia terlalu besar, hampir 20 perseb  daripada berat badan Charlene sendiri.

Enggan berputus asa, Charlene menemui pakar bedah, Dr. Allison Heider yang kemudiannya merujuk kasus itu kepada seorang pakar bedah plastik, Dr. Vip Dev.

Doktor berkenaan dikenali kerana telah berhasil melakukan beberapa pembedahan melibatkan ketumbuhan yang besar sebelum ini

Baca Juga :
Asalasah | Sumber: http://metro.co.uk/2015/08/12/woman-with-112lbs-tumour-finally-free-thanks-to-life-changing-surgery-5339774/