Rahasia Kulit Selalu Cantik Bebas Make Up! Amalkan Semua Tanpa Ada yg Kurang

AsalasahMesti ramai perempuan yang sangat sangat ingin tahu rahasia kulit cantik tanpa perlu make up. Selama ini kita bisa sembunyikan kekurangan pada wajah dengan solekan yang tebal. Bukan sahaja kulit tidak bernafas malah wajah wanita yang bersolek tebal kelihatan matang dan kadang kala terlihat tua daripada usia sebenarnya.

Jadi macam bagaimana cara biasakan kulit bebas tanpa mekap kalau kulit wajah masih tak sihat, ada parut dan ada cacat lain? Haaa… Rahasia Kulit Selalu Cantik Bebas Make Up! Amalkan Semua Tanpa Ada yg Kurang.

Rahasia Kulit Selalu Cantik Bebas Make Up!


1. Cuci Muka 2 Kali Sehari
Cuci wajah dua kali sehari, pagi dan malam adalah waktu yang paling sesuai. Pastikan sebelum tidur wajah bersih daripada sebarang kotoran. Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Namun jangan pula mencuci wajah secara berlebihan kerana perbuatan ini menyebabkan kulit menjadi kering dan hilang kelembapan semulajadi. dan Tentu saja wudhu setiap akan shalat,.

2. Pelembap Wajah
Selepas mencuci wajah, jangan lupa mengoles pelembap pada seluruh wajah dan leher. Pada hari siang, gunakan pelembap wajah yang mempunyai pelindung tabir surya. Ini dapat melindungi kulit sekaligus membantu kulit tahan lembap. olesan haruslah dilakukan secara tipis dan rata.

3. Cara Kreatif Skrub Wajah
Bagi yang mempunyai kulit normal dan tidak bermasalah seperti jerawat, anda boleh menggunakan skrub yang dijual di pasaran untuk menyental kulit secara lembut. Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. Namun untuk golongan yang mempunyai kulit sensitif, ini caranya.

Rendamkan tuala kecil dalam air suam, kemudian lap wajah secara perlahan-lahan. Kaedah ini membuang sel kulit mati dan membantu menjadikan kulit halus. Lakukan dua kali seminggu, kulit anda akan kembali menawan.

4. Penyegar Bebas Alkohol
Selepas bersihkan wajah, sebaik-baiknya gunakan penyegar. Penyegar ini dikatakan dapat kembalikan kelembapan kulit. Pilih penyegar bebas alkohol, ia lebih mesra dan merawat kulit dengan lembut tanpa mengeringkan kulit. Penyegar juga dapat membantu mengawal minyak pada wajah dan mengecilkan pori-pori. Justeru, jangan culas menggunakan penyegar jika mahu miliki kulit yang cantik.

5. Bersihkan Make Up
Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermekap. Bersihkan solekan pada wajah menggunakan penanggal mekap. Pilih jenis penanggal solekan yang sesuai dengan jenis kulit. Sisa solekan boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan mengundang masalah kulit seperti jerawat. Untuk bahagian mata, gunakan penanggal solekan khas. Ini kerana bahagian ini sangat sensitif dan kulit di sekitar mata begitu halus.

6. Hentikan Tabiat Memicit Jerawat
Terlalu kerap menyentuh muka juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat. Jangan gatal tangan memicit jerawat, ini bukan sahaja menyebabkan semakin teruk malah meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah.

Nasihat cara Jaga Kulit Secara Alami

1. Minum jus lemon
Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit.

Petua kulit licin ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
Caranya:

  • Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.
  • Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.


2. Madu
Madu digunakan sejak sekian lama kerana khasiatnya yang pelbagai. Bukan saja boleh dimakan, malah elok untuk diusap pada kulit.

Caranya:

  • Ambil madu dan oles pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas.
  • Campurkan sedikit madu pada putih telur dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur.
  • Sebelum tidur, campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk kayu manis. Sapu pada muka dan biarkan semalaman. Keesokan hari, bilas seperti biasa.

3. Masker Gel Lidah Buaya
Ini cara orang dulu-dulu, guna getah lidah buaya a.k.a aloe vera tempek kat muka. Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, blemish, mengurangkan kedut dan garisan di muka.
Caranya:

  • Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu
  • Jadikan mask dengan campurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.

4. Buat toner tomato
Anda boleh lenyek dan ambil airnya buat toner bagi membantu merawat jerawat, jeragat dan blemish.
Caranya:

  • Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.
  • Jika dilakukan setiap hari, hasilnya pori-pori akan mengecil di muka menjadikan kulit lebih licin.


Ok, sekarang pilihan di tangan anda, nak tutup masalah kulit dengan mekap atau merawat parut dan cela bagi kulit sihat? Kalau rajin dan nak sangat keluar tanpa mekap, sila amalkan petua dan cara jaga kulit wajah seperti di atas! Confirm, awet muda!

Baca Juga :
Asalasah | Sumber: http://www.mingguanwanita.my/rahsia-kulit-cantik/